Marquee 1

Sila dapatkan bahan kolokium di Menu Muat Turun & Coretkan Komen/Cadangan di Menu Komen/Cadangan

Pengenalan

 

Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara telah memperkenal dan melaksanakan Kursus Pengurusan Kepimpinan dan Kepengikutan Dari Perspektif Islam sejak tahun 2016. Sejak dilaksanakan, hampir 500 pemimpin sekolah dari seluruh negara telah mengikuti kursus ini. Daripada maklum balas yang diterima, para peserta berpuas hati dengan kandungan dan modul kursus selain berpendapat kursus ini telah memberi nilai tambah dalam aspek pengetahuan dan kemahiran mereka untuk memimpin dan mengurus organisasi.

Ahli Mesyuarat Pengurusan Profesional IAB Cawangan Utara telah melihat perkara ini sebagai petanda positif dalam aspek pembangunan kompetensi kepimpinan pendidikan yang merupakan salah satu fungsi IAB. Selaras dengan peranan IAB yang merupakan pusat latihan dalam aspek kepimpinan dan pengurusan pendidikan, ahli Mesyuarat Pengurusan Profesional Bil. 7 Tahun 2021 pada 20 Ogos 2021 bersetuju agar satu bentuk program dianjurkan seperti kolokium atau seminar yang dapat memberi pendedahan yang lebih meluas kepada pemimpinpemimpin pendidikan berkaitan kepimpinan dan pengurusan dari perspektif Islam.

Kolokium atau seminar ini sesuai untuk dijadikan sebagai medium perkongsian antara pengamal pengurusan dan kepimpinan Islam di Malaysia. Di samping itu, penganjuran kolokium seperti ini sudah tentu dapat memberi peluang kepada lebih ramai pegawai warga pendidikan termasuk pengetua dan guru besar berkongsi amalan terbaik pengurusan dan kepimpinan Islam. Perkongsian ini berupaya membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran barisan kepimpinan pendidikan melalui pelbagai dimensi untuk mengimplementasi sistem pengurusan Islam dalam mengurus organisasi masing-masing.

Laman Utama

Selamat Datang Ke Laman Blog     Kolokium Pengurusan Pendidikan dan Kepimpinan Islam Kali Pertama, 2022   Tema: Kelestaria...